Penerbitan Mael Totey The Movie

Mael Totey The Movie merupakan filem cereka sulung arahan selebriti YouTube, Syahmi Sazli.[10] Ia berdasarkan daripada drama pendek 8 episod, Mael Totey yang dihasilkan oleh Syahmi sendiri.[4] Kos pembikinan filem ini mencecah sebanyak RM400,000,[1] wang simpinan miliknya sejak mula aktif di YouTube pada 2016.[4] Dalam temuramah bersama Berita Harian, Syahmi berkata idea untuk Mael Totey The Movie tercetus selepas filem Syif Malam Raya lakonan bersama Asif Suhaimi dan Yoe Parey mendapat sambutan positif.[4] Penggambaran dijalankan selama 14 hari bermula 12 Julai dan berakhir pada 25 Julai 2020.[4]

Untuk filem ini, beliau perlu menghadapi pelbagai proses yang dianggap masih baru buatnya termasuk proses suntingan,[1] malah terpaksa ke Kuala Lumpur dengan tujuan bagi mendapatkan permohonan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA).[1] Syahmi turut menjelaskan dua minggu sebelum penggambaran, beliau perlu berdaftar dengan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM).[1]

Untuk pemilihan pelakon, Syahmi menggunakan khidmat pelakon amatur berstatus golongan istimewa, seperti Asif Suhaimi, Yoe Parey dan Emaleen Minhad. Manakala barisan pelakon ternama yang terlibat termasuk Kamarool Yusoof dan Aznah Hamid.[11] Bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, Aween Ismail memegang watak sebagai Yaya, ia merupakan filem sulung lakonannya sebagai pelakon utama.[12]

Rujukan

WikiPedia: Mael Totey The Movie http://www.imdb.com/title/tt13285446/ http://www.cinemaonline.sg/articles/buletin_detail... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/mael-tot... https://www.budiey.com/mael-totey-the-movie-syahmi... https://www.buzzkini.com/hiburan/2020/10/30/tapau-... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://gempak.com/artikel/42729/belum-apa-apa-sud... https://gempak.com/artikel/43005/mael-totey-the-mo... https://gempak.com/artikel/43058/gempak-review-law... https://gempak.com/artikel/43199/penuh-pengajaran-...